Salam, Jarak: 200km Waktu bertolak dari rumah: 8.30 pm 31/8/26 Waktu sampai ke kampung: 2.00 am 1/9/26 Tarikh manakah yang dikira waktu masuk saya untuk solat jamak qasar? 31/8 atau 1/9? Saya berniat untuk tinggal di kampung sehingga 5/9. Terima kasih
Jawapan
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan bertolak pada 8.30 malam 31/8/2026 dan sampai di kampung pada 2.00 pagi 1/9/2026. Jadi, dari sudut waktu sampai, tuan telah masuk ke kampung pada 1/9/2026 (selepas maghrib 31/8 2026 dikira hari seterusnya).
Ringkasnya: Tuan perlu solat penuh setibanya di kampung pada 1 September sehingga 4 September kerana bermalam melebihi 3 hari 3 malam.
Hari pergi pada 31 Ogos dan ketika berangkat pulang pada 5 September dibenarkan jamak qasar sepanjang perjalanan.
Wallahua'lam
adakah sah solat jika terlupa bilangan rakaat?
salam izinkan saya bertanya. kalau kita berhadas besar, dan kita mandi wajib waktu zohor, baru qada solat subuh, sah ...
Dalam Kategori Yang Sama
Ada soalan lain?
Hantar secara anonymous, saya akan semak dan jawab jika sesuai.
Tanya Soalan