Ustaz, saya ada terdengar orang cakap kalau buat ehailing rider yang ada shift dibenarkan untuk jamak, dan siap ada yang gelar food ehailing rider ni sebagai musafir ehailing, so saya nak kepastian yang sahih, betul ke boleh? bukan kena ikut jarak ke ?
Jawapan
Tidak boleh qasar solat pada asalnya melainkan 1 destinasi melebihi 2 marhalah.
Pemandu e-hailing atau penghantar makanan tidak diberikan rukhsah jamak dan qasarkan solat semata-mata kerana bekerja mengikut syif atau kerana jumlah keseluruhan perjalanan hariannya melebihi dua marhalah. Jika seseorang bergerak ke banyak destinasi berdekatan, jarak tersebut tidak boleh dihimpunkan begitu sahaja untuk mencukupkan jarak musafir.
Sebaliknya, jika terdapat perjalanan ke destinasi tertentu yang memenuhi jarak musafir dan syarat-syarat lain, rukhsah boleh dinilai bagi perjalanan tersebut.
Tiada soalan lagi dalam susunan ini.
saya akan balik ke Kedah dari KL pada 19/3 sehingga 24/3. pada 22/3 akan ke perlis dari gurun (111km) dan akan pulang...
Dalam Kategori Yang Sama
Ada soalan lain?
Hantar tanpa nama, saya akan semak dan jawab jika sesuai.
Tanya Soalan