Koleksi
fiqhRabu, 2 September 2026

adakah sah solat jika terlupa bilangan rakaat?

Jawapan

Waalaikumussalam.

Pendapat yang lebih selamat ialah mengambil bilangan yang paling yakin. Sekiranya masih terdapat keraguan atau samar-samar, maka hendaklah mengambil bilangan yang paling sedikit (الأخذ بالأقل), sebagaimana pandangan dalam mazhab al-Shafi‘i.

Sebagai contoh, jika seseorang ragu-ragu sama ada telah menunaikan 3 atau 4 rakaat, maka hendaklah mengambil bilangan yang paling sedikit, iaitu mengira sebagai rakaat yang ke-3.

Wallahua'lam

Dalam Kategori Yang Sama

Ada soalan lain?

Hantar secara anonymous, saya akan semak dan jawab jika sesuai.

Tanya Soalan
SebelumnyaSeterusnya